Tragedi 28 Ramadan- Al Fatihah Buat keluarga Farah Yuziana

18.9.09

Petikan dari Berita Harian...


AL FATIHAH BUAT KELUARGA FARAH YUZIANA...








4 beranak rentung; 3 mati tersepitSUNGAI PETANI: Dua hari menjelang Aidilfitri esok, tujuh lagi maut dalam dua nahas ngeri termasuk membabitkan empat beranak rentung apabila Perodua Myvi yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebuah treler di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bedong di sini, semalam. Di Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam pula tiga orang termasuk dua beradik terbunuh apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.





Kedua-dua nahas itu berlaku tidak sampai 24 jam selepas kemalangan yang meragut nyawa lima orang daripada dua keluarga di Kilometer (KM) 76, Jalan Tanah Merah-Jeli, Kelantan, kelmarin. Dalam kejadian di KM 94.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam, empat beranak itu rentung selepas terperangkap dalam kereta mereka sebaik merempuh sebuah treler yang terbalik dan merintangi laluan lebuh raya berkenaan. Mangsa dikenali Yusof Ahmad, 53, yang juga Penolong Pegawai Penyelidik (Hartanah) di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak perempuan mereka, Hazwani Izati, 23 dan Hafizatul Halimi, 20.





Difahamkan, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan ke sebuah hospital di Pulau Pinang untuk membawa Yusof mendapatkan rawatan ketumbuhan dalam perut. Kemalangan itu turut membabitkan dua lagi kereta termasuk satu daripadanya juga terbakar, tetapi kedua-dua pemandunya, Kamaruzaman Husein, 36 dan Azhar Abd Rahman, 38, parah dan sempat diselamatkan orang ramai. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata ketika kejadian keadaan jalan berkabus dan gelap. Beliau berkata, treler yang dalam perjalanan ke Butterworth dikatakan hilang kawalan dan terbalik serta menggelungsur kira-kira 30 meter sebelum merempuh pembahagi jalan dalam keadaan melintang.





Katanya, tiga kenderaan di belakang termasuk Perodua Myvi berkenaan pula tidak sempat mengelak dan merempuh treler terbabit. "Pemandu Myvi dan tiga penumpangnya terperangkap dan rentung bersama kenderaan itu. Bagaimanapun, pemandu dua lagi kenderaan, iaitu Naza Citra dan Perodua Viva, sempat diselamatkan oleh pengguna jalan raya sebelum satu daripada kenderaan terbabit turut terbakar," katanya. Dua pemandu itu kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini, manakala pemandu treler berusia 23 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam sepanjang kira-kira 20 kilometer arah selatan lebuh raya apabila laluan itu ditutup untuk memudahkan kerja pengalihan kenderaan terbabit. Semua kenderaan diarah menggunakan susur keluar ke Gurun dan Sungai Lalang sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Syawal pilu



ALOR STAR: “Sambutan Aidlifitri tahun ini sudah tidak bermakna kerana ibu bapa dan dua kakak sudah tiada.“Semua persiapan menyambut Syawal yang disediakan ibu sejak awal Ramadan, termasuk membeli baju raya akan menjadi kenangan selama-selamanya,” kata Aiman Syafiqah, 14, anak kelima pasangan suami isteri, Yusof Ahmad, 53, dan Hasnah Hamzah, 52, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 94.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Gurun di sini, semalam. Turut terbunuh dua anak mereka, Hazwani Izati, 23, dan Hafizatul Halimi, 20. Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Perodua Myvi yang dinaiki empat beranak itu terbakar dan meletup selepas merempuh lori kontena yang terbalik dan melintang jalan di lebuh raya berkenaan.





Aiman Syafiqah berkata, tiada yang paling menyedihkan melainkan orang yang paling disayangi pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya, menjelang kehadiran Syawal.“Saya tidak tahu kenapa begitu teringin mengikut mereka ke Pulau Pinang pagi tadi (semalam) untuk menemani ayah menjalani rawatan susulan penyakit ketumbuhan di perutnya di sebuah hospital di sana. “Selepas bersahur bersama pagi tadi (semalam), ayah, ibu dan dua kakak bersiap untuk ke Pulau Pinang kira-kira jam 5.30 pagi. “Saya dan adik merayu mahu mengikut ayah, namun ayah melarang sebelum meminta kami menjaga rumah dan berjanji pulang awal. “Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi dua anggota polis datang ke rumah, memaklumkan mengenai kecelakaan yang mengorbankan empat anggota keluarga saya. Saya dan adik menangis berpelukan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nuri di sini, semalam. Anak bongsu pasangan itu, Aiman Najwa, 10, yang berada di sisi kakaknya tidak henti-henti menitiskan air mata mengenangkan pemergiaan ibu bapa dan dua kakaknya dalam sekelip mata, apatah lagi ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.Pasangan terbabit meninggalkan empat anak perempuan iaitu Farah Yuziana, 29, dan Farah Wahida, 25, Aiman Syafiqah dan Aiman Najwa. Dua lagi kakak mereka iaitu Farah Yuziana dan Farah Wahida tidak tinggal bersama keluarga kerana masing-masing bekerja di Putrajaya dan Teluk Intan, Perak. Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga mangsa di Taman Nuri di sini, yang dikunjungi sanak saudara serta jiran tetangga sebaik menerima berita mengenai kematian empat sekeluarga itu.Difahamkan, jenazah empat beranak itu akan dibawa pulang ke kampung Hasnah di Malau, Jitra, untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di sana.

- AL FATIHAH...

BERITA TERKINI: ALFATIHAH KEPADA KELUARGA FARAH YUZIANA YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH KERANA KEMALANGAN. ALFATIHAH

ALFATIHAH KEPADA KELUARGA FARAH YUZIANA

(RAKAN DTM 9807 ITTAR UNITAR 1998-2000)


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan salah seorang mangsa kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa sekeluarga di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Gurun, Kedah, semalam. Empat beranak itu terperangkap dalam kenderaan mereka yang meletup dan terbakar selepas merempuh sebuah kereta jenis Naza Citra dan treler.

GURUN 18 Sept. – Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini.
Mereka yang terbunuh ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd. Yusof Ahmad, 53; isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak gadis mereka, Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20.
Kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu melibatkan kereta Perodua MyVi dinaiki keluarga terbabit serta sebuah Perodua Viva, Naza Citra dan treler.
Empat beranak itu terperangkap dalam kenderaan mereka yang meletup dan terbakar selepas merempuh sebuah kereta jenis Naza Citra dan treler.
Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya.
Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan.
Selepas itu, kereta yang dinaiki keluarga malang tersebut pula terlanggar dua buah kenderaan itu.
Sebuah kereta Viva yang dipandu Azhar Abdul Rahman, 38, juga tidak sempat mengelak dan kemudian merempuh kereta Perodua MyVi berkenaan dan terbabas ke bahu lebuh raya.
Utusan Malaysia difahamkan, ketika kejadian, keadaan kawasan terbabit agak berkabus tebal ekoran hujan lebat yang turun lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kesemua mangsa yang maut itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Nuri, Alor Setar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
‘‘Kita percaya kereta MyVi itu dipandu oleh Hasnah. Mereka sekeluarga dalam perjalanan membawa Mohd. Yusof yang mengalami sakit perut untuk menemui doktor pakar di HPP,” katanya di sini hari ini.
Hashim memberitahu, pada peringkat awal, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana semua dokumen pengenalan diri mereka musnah terbakar.
Bagaimanapun, semakan butiran kereta berkenaan kemudian mendapati ia milik Mohd. Yusof dan disahkan oleh anggota keluarga yang lain.
‘‘Kamarulzaman cedera termasuk patah di beberapa bahagian badan dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai Utara Sungai Petani.
‘‘Sementara Azhar yang juga cedera parah dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut. Keadaan kedua-dua mangsa kini stabil,” katanya.
Tambah Hashim, pemandu treler berusia 32 tahun dari Seri Kembangan, Selangor yang cedera ringan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.
Dalam pada itu, seorang pekerja syarikat kargo, Norhamidi Daud, 36, yang berada di belakang semua kenderaan berkenaan berkata, kemalangan itu berlaku dalam tempoh yang begitu singkat.
‘‘Selepas ternampak kereta tersebut merempuh antara satu sama lain, saya memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk membantu mangsa.
‘‘Bagaimanapun, sebaik sahaja turun dari kereta, saya terdengar seolah-olah bunyi letupan sebelum melihat asap tebal di lokasi itu,” katanya.
Dia yang dalam perjalanan dari Yan ke tempat kerjanya di Pulau Pinang berkata, tidak lama kemudian orang ramai membantu mengeluarkan mangsa sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Sekadar berkongsi kenangan Umrah Di Mekah

8.7.09

Salam Persahabatan buat semua rakan-rakan ALUMNI ITTAR & UNITAR 1998-2000. Sebuah titipan kenangan semasa umrah di Tanah Haram Mekah tahun 2008. Video umrah dedikasikan untuk semua rakan-rakan semua pengalaman Iwan di Tanah Haram Mekah pada bulan puasa dan Hari Raya 2008. Semoga mendapat manfaat. Insyallah

Majlis Pertunangan Sahabat DTM9807 Bro Zam

6.7.09







Engagement
Siti & Zam
Ampang, Selangor
1 May 2009, 830pm

Alumni ITTAR - UNITAR Alor Star, Kedah 2005

3.7.09

ALUMNI ITTAR-UNITAR 1998-2002 VERSI KELUARGA PADA 1 Mei 2005 Koleksi Terbaru Reunion ITTAR - UNITAR ALOR SETAR 2005.

DULU KINI DAN SELAMANYA. KAMI MASIH TETAP BERSAMA DIATAS NILAI PERSAHABATAN.













Antara salah seorang kengkawan yang sudah pun berumah tangga ..Haslin dan org rumahnya Smile Semoga berbahagia selalu.




Yang manis senyuman Cik Yati ( X lama lagi akan bertunang dengan Rizal, jugak satu kuliah. Berremu jodoh dalam satu kuliah hehehe )dan Cik Ina:)





Inilah rizal yang bertemu jodoh satu kuliah.

Pasukan Bola ITTAR Alor Setar 1999-2000